
Program Jalinan Kasih bersama Yayasan Sahabat Nasional
Ekka Hygiene Sdn Bhd menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) EKKA Cares telah menganjurkan Program Jalinan Kasih bersama Yayasan Sahabat Nasional bagi mengimarahkan lagi Pusat Jagaan Amal Asyura yang bertempat di Sg Buloh.
Program ini turut disertai oleh Pengarah Urusan Ekka Hygiene Sdn Bhd sendiri iaitu Puan Mirna Balqies serta 15 orang staf dari EHSB sendiri.
#teamekka juga turut menjemput seorang badut untuk menghiburkan para anak-anak yatim di pusat jagaan asyura yang jugak disertai oleh pengasasnya iaitu Ustazah Hanna. Turut hadir Datuk Akmar Hisham Mokles, Pengasas Yayasan Sahabat Nasional bersama Pembantu Peribadinya Cik safeqah Esa.